#REVIEW Movie : The Beauty Inside 2015
9:07 PMAssalamualaikum! Kali ini kita terbang ke korea pulak. Ini merupakan salah satu filem kegemaran aku pada tahun 2015 hinggalah sekarang. Tambahan pula pelakon wanita utamanya aku suka. (Han Hyo Joo, dia pernah berlakon dalam Spring Waltz dan juga W). Yuk, mula review ini.
[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]
Tajuk Filem : The Beauty Inside 2015
Tarikh Keluar : 11 September 2015 (USA)
Genre : Drama, Romance
Pengarah : Baek Jong-Yeol
Sinopsis :
Seorang designer perabot bernama Woo-jin sentiasa bangun di pagi hari dalam badan yang berbeza untuk setiap hari. Dalamannya masih orang yang sama cuma luaran fizikal sahaja yang berbeza. Adakalanya, dia menjadi seorang lelaki, perempuan, tua, muda malah warga asing. Iya, hal yang pelik ini menyusahkan dia malah kekadang memberi masalah kepadanya. Segalanya bermula apabila dia meningkat usia dewasa kerana sebelum ini, dia masih normal. Hal ini terjadi hinggakan dia sendiri tidak tahu bagaimanakah rupa asal dia meskipun dia ada rupa sebenarnya ketika kecil. Pada suatu hari, dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Yi-Soo. Untuk mendekati gadis itu, dia sentiasa berusaha dengan wajahnya yang berbeza. Ada suatu hari, dia mendapatkan wajah lelaki kacak, dan semangat keyakinan dia tinggi untuk mendekati gadis itu. Setelah berjaya, dia sampaikan tidak tidur untuk beberapa hari kerana tidak ingin bertukar wajah. Ya, kerana kalau dia tidur malam itu, keesokkannya selepas bangun badannya akan bertukar. Disebabkan perasaan cintanya yang mendalam, akhirnya dia memberitahu Yi-Soo hal sebenarnya dan akhirnya mereka bercinta. Tapi adakah Yi-Soo dalam mengenali dirinya dan menerima keadaan yang sukar itu.
Jika dia bertukar menjadi warga asing, dia turut akan bercakap bahasa asing walaupun dia tak faham kalau orang menggunakan bahasa asing dengannya. Setiap hari, dia mengukur saiz kasut, baju kerana sentiasa bertukar. Dia memiliki semua jenis kasut dan baju sebab dia boleh bertukar menjadi tua, muda, laki, perempuan.
Rating Imdb : 7.3/10
Rating Rottentomatoes : 4/5
Rating aku sendiri : 9.5/10
Masa aku mula-mula menonton trailer dia, aku sudah terpikat dan tak sabar untuk menonton filem penuhnya. Setelah habis menonton, ternyata aku amat menggemarinya kerana ia bukan filem romantik biasa. Ia luar biasa dan pelik. Kalau ada di dunia sebenarnya kes begini, aku amat kasihankan orang itu. Macam mana kita nak mengecam dia kerana segala yang luaran tentangnya berubah? Walaupun fokus utama cerita ini adalah cinta dan konflik pertukaran dirinya, tapi jalan ceritanya tidak membosankan. Kadang-kadang lawak juga bila sentiasa bertukar-tukar badan. Macam manalah boleh terfikir untuk menghasilkan jalan cerita begini. Kudos kepada pengarah kerana berjaya mengarah dengan baik. Malah cinematografi nya juga turut cantik.
Jika anda inginkan cerita cinta yang luar kebiasaan anda, maka inilah ceritanya. Cerita wajib tonton!
Sehingga berjumpa di lain review!
2 comments
aku boleh bayang dah diabertukar dengan pelbagai rupa macam dalam gambar tu. haha. btw, aku tengok cerita W separuh jalan je sebab nampak macam fantasi. haha
ReplyDeletecerita W aku tak suka sangat sebab banyak scene overact romance. tapi jalan cerita kalau buang scenes tu okay je. (tak suka tapi tengok habis dengan banyak skip)
DeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen