#REVIEW Movie : My Stupid Boss 2016

12:51 PM


Assalamualaikum! Masih lagi berada di negara seberang. Kali ini aku akan mengulas filem yang menjadi kegemaran aku sepanjang hayat. Filem ini juga turut menghadirkan rasa kenangan untuk aku, sebab aku menonton filem ni dengan rakan-rakan sepejabat ketika 'intern'. Memoir menggamit perasaan betul. Kat wayang tu hanya ada kurang dari 10 orang dimana 5 orang tu gang aku dah. Jom mula review!

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : My Stupid Boss 2016
Tarikh Keluar : 19 Mei 2016
Genre : Comedy
Pengarah : Upi Avianto

Sinopsis:
Filem ini bermula apabila Diana (lakonan Bunga Citra Lestari) ingin mencari kerja. Ini kerana dia bosan berada di rumahnya. Dia dan suaminya berpindah ke Kuala Lumpur atas kehendak pekerjaan suaminya. Ditakdirkan dia berjaya mendapat kerja di sebuah perusahaan milik sahabat suaminya sebagai seorang ketua kerani. Bossman (lakonan Reza Rahadian) ini merupakan seorang yang berbadan gempal, kedekut, syok sendiri dan pelupa. Dia juga sering menggunakan bahasa indonesia sebagai bahasa pengantara sedangkan kebanyakkan pekerja orang Malaysia dan warga asing. Hanya Diana sahaja warga Indonesia. Kalaupun dia guna bahasa inggeris, bunyinya pelik dan bahasanya seperti kekurangan perbendaharaan kata saja. Bossman ni menggunakan prinsip Bossman selalu betul di pejabatnya, dimana apapun yang dia lakukan itu pasti betul dan tidak salah. Setelah memulakan beberapa hari kerja, Diana mula merasakan adakah betul pilihannya? Mampukah dia bertahan dengan gelagat Bossman? Apakah yang bakal terjadi kepada Diana? Bolehkah dia merubah suasana di situ?

Rating Imdb : 7.4/10
Rating Rottentomatoes : 4.5/5
Rating aku sendiri : 10/10

Awal-awal aku tengok iklannya, aku sudah gelak apatah lagi kalau tengok filemnya. Walaupun filem ini mengisarkan tentang kekecohan di pejabat dan tekanan yang dialami, tapi pengarah dan penulis berjaya menghadirkan unsur-unsur kelakar yang tak kering gusi. Dalam wayang tu, memang kami gelak je memanjang dengan karenah Bossman. Memang kelakar. Part interview tu pun dah kelakar yang lain lagi laa. Dengan pemilihan lagu klasik yang bagi aku berjaya menghidupkan lagi suasana cerita itu. Ibarat menggabungkan banyak eleman dalam satu filem. Komedi, Klasik, Modern. Aku sangat suka lagu yang last. Setiap lawaknya bagai menghibur hati dan sesuatu ditonton ketika inginkan hiburan. Untuk cinematografinya, aku sangatlah suka. Compositionnya ibarat kita menonton filem indie dari orang putih. Color grading yang begitu memikat hati aku. Nampak vintage dan contrast ibarat menaikkan lagi seri komedi cerita tu. Aku banyak kali ulang tonton filem ini kerana best dan tidak membosankan.

Jadi sangatlah direkomenkan untuk masuk dalam list filem wajib tonton anda!

"Impossible we do, miracle we try."

Sekian saja ulasan saya. Sehingga berjumpa di lain review.


You Might Also Like

2 comments

  1. Macam best nie. Nanti boleh layan :)

    Singgah sini dan follow

    #BloggerPantaiTimur
    akukaudansesuatu.blogspot.com

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News