#REVIEW MOVIE : Annabelle Creation 2017

5:56 PM


Assalamualaikum semua!

Aku akan review filem yang aku nonton pada 6 September baru ni. Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.

Tajuk Filem : Annabelle : Creation 2017
Tarikh Keluar : 11 Ogos 2017
Genre : Horror, Mystery, Thriller
Pengarah : David F. Sandberg

Sipnosis :
Ada sebuah rumah jauh di pinggiran kota. Rumah itu milik seorang pembuat anak patung. Pembuat anak patung itu tinggal bersama dengan seorang isteri dan seorang anak perempuan. Hidup mereka bahagia dipenuhi keceriaan dan gelak tawa. Anak perempuan dia suka main sorok-sorok dengan ayah dia. Permainan itu dimain dengan cara komunikasi melalui kertas. Anak dia akan letak secebis kertas yang bertulis "Find me" di tempat berdekatan ayahnya untuk ayah dia cari dia. Hidup mereka bertambah indah dengan larisnya hasil jualan anak patung buatan ayahnya itu. Pada suatu hari, selepas mereka bertiga pulang dari gereja, ada suatu kejadian yang membuatkan satu-satunya anak perempuan itu meninggal. 12 tahun kemudian, pasangan ini membuat keputusan untuk menjadikan rumah mereka sebagai rumah anak-anak yatim. Jadi hadirlah ke rumah tersebut seorang biarawati dan 6 orang anak yatim ke situ untuk menetap. Tanpa mereka sedar kehadiran mereka mengundang suatu tragedi. Oh lupa, nama anak pembuat anak patung tu ialah Annabelle.

Rating Imdb : 7/10
Rating Rottentomatoes : 3.7/5
Rating aku sendiri : 5.5/10

Bagi aku jalan ceritanya sangatlah klise. Jalan cerita yang tipikal, lambakan 'jump-scare' scene yang mana cerita sebenarnya tidaklah menakutkan mana andai dibuang scene-scene tersebut. Scene Walaupun begitu, cinematografinya cantik dan baik. Malah, lakonan yang dibawa oleh setiap pelakon juga 'menjadi' dan bagus. Cuma aku rasa kurang 'kick', macam ada sesuatu yang kurang. Entah aku pun tak tahu. Mungkin boleh ditambah baik dari segi penceritaan? Sebab ada je filem yang sebegini (diambil dari kisah benar/lagenda) tapi berjaya diolah dengan baik dan berjaya. Tapi bagi mereka yang suka aksi terkejut-kejut ni, mungkin inilah cerita yang anda perlu tonton kerana ia memenuhi citarasa anda.

Pandai orang puteh ni, selalu berjaya menukar perkara yang menjadi kesukaan ramai dan yang comel-comel kepada hal yang menakutkan seperti badut, anak patung, lagu kanak-kanak dan lain-lain lagi. Padahal benda-benda macam ni dalam seharian kita dan sepatutnya kita bahagia dan riang dengannya tapi malah menjadi takut dan seram. Satu lagi, orang puteh ni macam tahu yang dalam Islam ada larangan menyimpan patung dalam rumah (kecuali dibuat main) dan patung-patung ni tempat kegemaran syaitan atau jin jadi diorang pun buatlah filem hantu berdasarkan patung. Huhu. (Andai aku salah tolong betulkan)

Sekian saja. Jumpa di lain siri of review!

You Might Also Like

4 comments

  1. aah yang part komen orang puteh tu aku setuju. diorang kan selalu ada agenda di sebalik sesuatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann!!! sampai sekarang aku wonder pasal zombie. apakah disebalik itu?

      Delete
  2. Replies
    1. bagi saya takder seram sangat (mungkin sebab dah selalu tengok yang seram)
      tapi yang tengok dengan saya kata seram.

      Delete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News