SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA

9:30 AM

Klik pada banner untuk menyertainya

Assalamualaikum!
Kali ini aku ingin bercerita tentang satu segmen menarik yang aku sertai. Nama segmen ini ialah "SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA". Nah! Namanya saja sudah megah, terang dan nyata. Melalui itu, kita dapat tahu segmen jenis apakah yang ingin aku katakan.

Seperti yang termaktub pada judulnya, segmen ini memang bertujuan untuk bersuai kenal dengan para blogger di seluruh Malaysia. Iya, berkenalan dengan blogger di kesemua 14 negeri di Malaysia, tapi itupun kalau semuanya berkerjasama memeriahkan segmen ini dengan menyertainya. Ia membuka peluang kepada kita semua untuk mengenali dengan lebih dekat kenalan blogger, bukan sekadar tahu namanya saja. Disini, dengan menyertai segmen ini, si blogger akan bercerita tentang diri dia lebih dari kebiasaan yang kita tahu. Menarik bukan? 

Hadis Nabi SAW :

مَنْ َأحَبَّ َأ ْ ن يُبْسَ َ ط َلهُ فِي ِ رزْقِهِ، وَيُنْسََأ َلهُ فِي َأَثِرهِ، َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ
(رواه مسلم)
"Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim).”
(Hadits riwayat Muslim)

Nah! Nabi sendiri menggalakkan kita untuk menyambung silaturrahim sesama manusia. Apa lagi mahu kita menidakkannya? Jadi, aku merasakan segmen ini sangat kacak bergaya, kerana membuka jalan kepada para blogger untuk saling mengenal satu sama lain. Malah, tak rugi sedikitpun untuk kita menyertainya. (Tunggu apa lagi tu? Kliklaa banner di atas untuk join)

Untuk menyemarakkan lagi rasa teruja kalian dalam segmen ini, penganjur akan memberikan 3 hadiah lumayan kepada pemenang bertuah. Hadiahnya adalah sebuah kamera aksi, sebuah fon kepala [baca:headphone], dan sebuah pemain musik mp3. Wah! Memikat hati aku sungguh hadiah sebegini.

Okay, aku mulakan sesi perkenalan daripada aku. 

Nama panjang aku Wan Nurnajah Nabilah Wan Mustapa. Disebabkan nama itu panjang, aku memutuskan untuk dipanggil Najah aja. Cuma untuk yang merasa dirinya rapat dengan aku, akan memanggilku 'Jah' atau lagi hipster 'Jod'. Jarang sekali menggunakan nama Nabilah kerana menurutku nama itu sedikit lembut dengan perwatakan aku tambah lagi begitu ramai yang memakai nama Nabilah di tempat aku. (Mohon jangan panggil bella kerana aku takkan menyahutnya)

Aku lahir pada 24 April 1995 dan disebabkan tarikh kelahiran aku itu, aku tampak begitu menggemari nombor 2 dan 4. Terasa cantik di mata aku. Huahahahaha. Masa sekolah menengah, aku dengan nakalnya memaksa kawan-kawan sekelas aku untuk mengingati tarikh lahir aku. Hingga kini hasilnya, mereka masih mengingati sampai sekarang. (Ampun ya teman-teman)

Anak kelima daripada 9 adik beradik. Dilahirkan di Kelantan, malah dibesarkan di Kelantan jua. Sekolah aku, dari tadika hinggalah ke sekolah menengah tetap di Kelantan. Cuma yang membezakannya adalah daerahnya. Bersekolah di SK Zainab 1, Kota Bharu kemudian melanjutkan ke sebuah sekolah Maahad di Tanah Merah. Setelah itu, aku menyambung pengajian asasi dan ijazah ke Universiti Tenaga Nasional dalam kursus Teknologi Maklumat (Grafik Multimedia). Alhamdulillah, aku telah berjaya menamatkan pengajian aku dengan bergaya pada bulan 5 dan sesi konvonya pada bulan 8. (Sepanjang di sekolah, mahupun universiti, nama aku selalu berada di bawah atau golongan yang akhir. Sampaikan konvo pun nama aku nama terakhir)

Sejak kecil, aku tertarik dengan yang nama teknologi. Bermula dengan curi-curi buka komputer ayah untuk bermain permainan keren komputer ketika itu, hingga beralih ke permainan konsul di television. Kemudian, ketika meluasnya internet (internet sebelum ini terhad kepada ketenteraan saja), aku dengan beriyanya menyuruh kakak aku mendaftar akaun emel untuk aku. Tapi walaupun begitu, aku tidak dibenarkan menggunakan komputer dengan kerap, hingga aku meningkat remaja. Umur aku dalam 12 tahun, aku sudah terjun ke dunia blogging. Ini kerana kawan aku. Jadi di situ kami saling berkongsi blog. 'Friendster' dan 'MySpace' sangat terkenal saat itu. Aku ada lebih dalam 10 emel dan akaun 'Friendster' masa tu. Dahsyat bukan. Kecil-kecil dah buat hal. Masuk tahun berikutnya, aku masih aktif menulis di blog tapi waktu itu isi blog aku hanyalah perihal diri aku yang teramat memboringkan kalau dibaca. Aku ada cakap yang aku masuk maahad kan? Selepas masuk maahad, isi blog mula ditambah dengan isi yang berfaedah dan ilmiah. Yang lagi best apabila sekolah aku menganjur pertandingan blog pada tahun 2010 kalau tak silap aku. Memang syok habislaa sebab aku begitu beriya mengemas kini blog aku untuk menang. Tapi ternyata nasib tidak menyebelahi aku. Hahahahaha.

Isi blog aku selain daripada journal diri dan input ilmiah, aku ada masukkan juga lirik lagu K-Pop. Lebih-lebih lagi lirik lagu daripada kumpulan Girls' Generation. Oh ya, lupa bagitau yang aku ini peminat K-Pop dan juga K-Drama. Aku mula menonton drama Korea sejak tahun 2006. Aku rasa kerana penangan drama Winter Sonata. Minat itu melekat sampai sekarang. Kumpulan yang aku minat sejak 2010 sampai sekarang tentunya Girls' Generation. Sebelum itu, aku tidak meminati secara serius kumpulan Korea, hanya menggemari lagunya saja. Kalau tanya kawan aku, tentu saja mereka tahu minat aku yang satu ni. (Tapi kemudiannya, aku buang hampir semua lirik lagu dalam blog aku, kerana ingin memberi nafas baru)

Minat aku pada teknologi ini jugalah yang membawa aku ke bidang ijazah yang ambil di U. Malah ia juga turut membuatkan aku meminati bidang grafik, fotografi, videografi dan sejenis dengannya. Padahal dulu, aku tiada ilmu tentang ini. Masuk redaksi sekolah jauh sekali. Tapi kerana minat dan rasa ingin tahu bagaimana orang boleh mencipta design sebegini, aku belajar dan teroka. Meskipun begitu, aku masih tak pakar dalam membaiki komputer. Sekadar software dan fon, aku boleh lagi tolong tengokkan. Kalian boleh tengok portfolio aku dalam bidang ini di SINI.

Selain itu, minat aku juga pada penulisan. Aku suka menulis dan suka yang teramat subjek Bahasa Melayu. Sekiranya, markah aku tinggi atau dipuji oleh cikgu bahasa aku, aku berasa sangat seronok dan teruja seperti melompat di atas awanan. Minat ini membawa aku bermimpi tentang menerbitkan buku nukilan aku sendiri. Di samping itu, aku malah terlihat turut meminati puisi. Puisi pertama yang aku hasilkan pada tahun 2008. Untuk terus menulis, aku perlu terus membaca, membaca dan membaca lagi. Ini kerana aku berpegang pada prinsip yang aku harus mempelajari dan menambah ilmu sedalamnya dalam bidang penulisan sebelum menulis. Aku harus belajar daripada karya orang lain, tidak lupa belajar daripada pengalaman orang dan belajar daripada alam. Kadang itu dijadikan alasan untuk aku malas menulis. Wahahahaha. Gelak Jahat.

Sepertinya aku banyak berceloteh tentang diri aku ini. Dahlah tiada yang istimewa tapi sibuk nak besar mulut bercerita. Maaflah andai kalian jemu dan bosan membaca cerita aku. Aku dah tak sambung pasal diri aku dah. Sampai sini je. 

Untuk menyertai segmen ini, tentulah ada syarat-syaratnya. Tapi apalah sebuah syarat dibandingkan dengan nilai ukhuwah yang akan kita raih selepas ini. Ceewaah. Sekian daripada aku. Sekali lagi minta maaf andai ia menjengkelkan anda setelah membaca cerita aku. TataTitiTutu

Untuk menyertai Segmen ini,

You Might Also Like

5 comments

  1. Terima kasih Wan Nurnajah... sudi berkenalan dan sertai segmen suai kenal bloggers seluruh Malaysia.. :)

    Peserta lain : http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete
  2. Salam kenal najah... sis singgah dari segmen yg sama :D http://www.sishawa.com/2017/10/segmen-suai-kenal-blogger-seluruh.html

    ReplyDelete
  3. Salam kenal dari saya Dedaun Comel


    (n_n)

    ReplyDelete
  4. SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA
    1. Pengumuman ke-4 = http://www.sofinahlamudin.com/2017/11/pengumuman-4-segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh-malaysia.html
    2. Selamat berkenalan = http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News