#REVIEW Movie : Tombiruo : Penunggu Rimba (2017)

9:00 AM


Assalamualaikum!
Aku kembali untuk mengulas filem setelah blog ini terhenti sebentar. Filem yang akan aku review kali ini adalah sebuah filem tempatan yang aku rasa begitu hangat sekarang di kalangan rakyat Malaysia. Sebelum dikeluarkan lagi, orang sudah mula berdesas-desus tentang kehebatan filem ini yang dikatakan menaikkan mutu filem Malaysia. Tambahan lagi, pelakon yang melakonkan watak-watak dalam filem ini semuanya berbakat besar dan mahir belaka. Aku pun tidak kurang terujanya dengan filem ini. Tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, kerana kemungkinan jalan cerita filem kurang impaknya daripada novel, tapi aku tetap akan menyokong filem ini dan rela hati mempromosinya di media sosial. Ayuh kita mula!

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Tombiruo : Penunggu Rimba 2017
Tarikh Keluar : 12 Oktober 2017
Genre : Aksi, Drama
Pengarah : Seth Larney

Sinopsis :

Dimulakan dengan kelahiran seorang bayi yang wajahnya bukan berwajah manusia. Kelahiran tersebut disambut oleh seorang bidan bernama Monsiroi. Disebabkan wajah buruk itu, anak itu diberi nama sebagai tombiruo yang bermaksud Penunggu Rimba. Monsiroi mengalirkan Tombiruo ke sungai dengan meletakkannya kedalam perahu kecil. Mungkin Tombiruo ini benar-benar istimewa dan anak hutan, dia yang sepatutnya mati dihanyutkan sungai dan tenggelam dalam arus deras air terjun, tapi sebaliknya selamat. Dia kemudiannya dijumpai oleh Pondolou yang kebetulan berada disitu lalu diambil dan diasuh sehingga besar. Pondolou memberi nama Ejim kepada Tombiruo disamping mengajarnya pelbagai ilmu dunia dan pertahanan diri. Satu kelemahan Ejim apabila dia tidak dapat mengawal kemarahannya. Kemarahannya memuncak apabila ayahnya meninggal dunia ketika bertarung dengan sekumpulan orang jahat yang membuat kacau disebuah kampung. Ketika dia memburu pembunuh ayahnya, dia secara tidak sengaja terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan Salina dan juga Tan Sri Berham. Kejadian itu membuatkan Amiruddin memburunya kerana menyangka Tombiruo pembunuh kepada isterinya Salina dan ayah mentua. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang mengikuiti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan. Menurutnya, Tombirou dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Disebalik semua itu, Mosiroi menyimpan satu rahsia yang besar. Apakah rahsia itu? Siapakah pembunuh sebenar Salina dan Tan Sri Berham? Siapakah dalang semua ini?



Rating Imdb : 8.4/10
Rating aku sendiri : 8.5/10

Bagi sesiapa yang membaca novelnya tentu sudah mengetahui jalan cerita filem ini dan tidak sabar menanti sambungan filemnya. Iya kerana episod kemudiannya lebih menarik dengan pelbagai aksi. Filem ini sememangnya sebuah lagi karya yang terbaik dihasilkan oleh Malaysia. Sinematografi yang cantik ditambah pula dengan color grading yang sesuai sangat menghidupkan jalan filem ini. Scene-scene panorama dan aksi juga cantik walaupun ada beberapa yang nampak kesan VFXnya. Cuma satu, lightray dalam filem ini sedikit menganggu aku. Kalau sekali dua tidak apa tapi banyak juga lightray yang muncul dalam ini.

Menampilkan pelakon-pelakon yang hebat seperti Zul Arifin, Nabila Huda, M. Nasir, Farid Kamil dan lain-lain lagi, membuatkan filem ini selangkah kehadapan kerana pelakon sepertinya berjaya membawa watak mereka dengan baik. Mereka seperti menghayati watak itu lebih-lebih lagi Zul Arifin. Walaupun dalam filem ini, tidak sedetikpun ditunjukkan wajah Zul Arifin, tidak mengapa kerana ini membuktikan yang Zul Arifin berlakon dalam ini dengan bakatnya bukan dengan menjual wajahnya.

Filem ini juga cuba memandu para penontonnya dengan keindahan Sabah apabila ada yang berlatar tempat Gunung Kinabalu. Malah ia juga menggunakan bahasa dialek Kadazandusun pada naratif awal cerita dan percakapan penduduk tempatan. Sangat menarik kerana disebalik latar masa dunia kini yang penuh dengan kemajuan dan pembangunan, ada diselitkan suasana kampung penduduk peribumi yang masih mengamalkan cara hidup sederhana dan kuno.

Jadi, kalian semua disarankan menonton filem ini. Jangan bimbang jika belum membaca novelnya kerana filem ini berjaya disampaikan dengan baik. Jalan ceritanya plot-twisted yang mengejutkan tapi dapat difahami baik oleh mereka yang menontonnya. Memang ia menjadi sebuah filem yang wajib tonton oleh masyarakat tempatan. Tidak rugi dan tidak akan sia-sia jika anda menontonnya.

Marilah, kita bersama-sama menyokong filem tempatan!

You Might Also Like

6 comments

  1. assalamualaikum najah.
    aida blogwalking dari segmen --> http://www.adianiez.com/2017/10/segmen-blogwalking-cuti-sekolah-bersama.html.
    baru ada masa nak terjah & follow semua nyer.

    aida tak sabo nak tunggu tombiruo ni kuar astro first.
    tak dpt nak ke panggung. bukan genre anak-anak. so susah la.
    ramai member buat review filem ni menarik. tak sabo !!! :)

    ReplyDelete
  2. Memang best filem ni. Tak mengecewakan. 😊❤

    ReplyDelete
  3. Ramai yg dah tgk movie kata mmg movie ni sangat bagus. Tak sabar nak tgk nanti. hihi.

    ReplyDelete
  4. itula.. buku pun dah best.. movie ni lagi lah berganda best sbb nampak ada action semua.

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News