#REVIEW Movie : Bulan Terbelah di Langit Amerika 2015

7:21 AM


Assalamualaikum!
Seperti yang dijanjikan, aku kembali buat review untuk filem sambungan 99 Cahaya Di Langit Eropa. Setelah selesai jelajah di Eropah, kita terbang pula ke Amerika. Tajuk filem ini adalah Bulan Terbelah di Langit Amerika dan filem ini juga mempunyai dua siri, part 1 dan part 2. Diadaptasi daripada novel dimana setiap sirinya menceritakan kisah yang berlainan tapi pelakon utamanya masih sama. Fazura ada berlakon di dalam filem ini walaupun dia hanya watak pembantu. Fazura juga turut menyumbangkan suara untuk OST filem tersebut bergandingan dengan seorang penyanyi Indonesia.Yuk! Kita mula.

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Bulan Terbelah Di Langit Amerika 2015
Tarikh Keluar : 17 Disember 2015
Genre : Drama, Religous
Pengarah : Rizal Mantovani

Sinopsis :
Filem ini masih mengisahkan tentang Hanum dan Rangga. Dalam 99 Cahaya Di Langit Eropa, Hanum telah berjaya mendapatkan kerja sebagai seorang wartawan hasil pertolongan Fatma. Pada suatu hari, bos Hanum, Gertrude menugaskan Hanum untuk menulis sebuah artikel yang bertajuk 'Apakah dunia lebih baik tanpa Islam?'. Artikel itu haruslah ditulis berdasarkan temuramah Hanum dengan beberapa orang di New York. Ini rentetan daripada kejadian 11 September yang berlaku di New York. Hanum juga dikehendaki untuk menemuramah Julia Collins dan anaknya Sarah Hussein. Mereka berdua merupakan salah sebuah keluarga daripada mangsa kejadian 11/9 dimana ayahnya disyaki seorang 'Terrorist' dan kunci jawapan kepada persoalan artikel itu bergantung kepada jawaban kedua ini. Namun itu tidak mudah apabila Julia menolak daripada dibacarakan dan mengelak untuk bertemu pihak media.

Pada masa yang sama, sisi berbeza, Rangga juga turut mendapatkan satu tugas dari Professornya untuk mewawancara seorang jutawan dunia bernama Brown Philipus. Wawancara ini berkenaan dengan sebuah seminar yang diadakan olehnya mengenai strategi The Power of Giving. Nasib yang baik, Rangga yang seharusnya cuti selama seminggu untuk menemani isterinya ke New York, akan bersama-sama berangkat ke New York dengan sebuah misi. Disana, Rangga perlu berjumpa dengan Stefan kerana Stefan yang akan mengatur perjumpaan eksklusif mereka bersama Brown Philipus. Malang juga bagi mereka, kerana berjumpa dengan Encik Brown itu ternyata tidak mudah walau untuk 5 minit. Encik Brown sangat sibuk dan menolak tepi semua perjumpaan yang dirasakan tidak penting sehingga Rangga memberinya soalan yang menarik perhatian dia lantas mengubah fikirannya untuk berjumpa mereka.

Pelbagai kesulitan menimpa mereka? Apakah perkaitannya dengan kejadian 11 September itu? Adakah Hanum berjaya menemukan jawaban untuk soalan 'Apakah dunia lebih baik tanpa Islam?'?. Apakah kaitan encik Brown, Julia dan 11 September?


Rating Imdb : 6.5/10
Rating aku sendiri : 7.5/10

Sebuah filem religious yang bagus. Dalam kisah kali ini menceritakan tentang isu islamophobia yang meletus gara-gara kemalangan malang 11 September. Meskipun ending bagi aku tidak kuat tapi jalan cerita tampak bagus dan menarik. Sinematografi juga turut membantu meningkat mutu filem ini. Dari segi pembinaan karakter, aku rasa ia berjaya mengembangkan setiap karakter dalam filem ini dengan baik kerana diceritakan kisah disetiap karakter dalamnya. 

Filem ini menceritakan suasana islamophobia di sebuah negara pesat yang minoriti Islam dan bagaimana untuk mengatasi silap faham orang bukan islam meskipun dengan suatu tindakan yang kecil. Disamping itu turut menyampaikan bahawa kita harus tetap teguh dengan kepercayaan dan keimanan kita walau dilanda musibah besar. Kita harus kreatif dalam menghadapi mereka yang paranoid dengan islam. Ini merupakan suatu pengajaran yang boleh kita contohi dalam filem ini. Tambah masa sekarang yang masih berleluasa islamophobia.

Sekian saja daripada aku. Sehingga berjumpa lagi!

You Might Also Like

3 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT