Rindu pada Bowling
10:30 AMAssalamualaikum semua!
Hari ini secara tiba-tiba aku terasa rindu untuk bermain bowling. Mungkin ini gara-gara aku scroll galeri fon aku dari awal hingga ternampak gambar score yang aku ambil ketika aku main bowling. Dulu masa aku asasi sampai habis degree, aku boleh dikatakan selalu main bowling lagi-lagi kawan baik aku juga gemar main bowling. Kami selalu bertanding siapa yang score paling tinggi dan akan nobatkan dia sebagai champion. Jika ada yang berjaya menandingi champion, akan digelar pula sebagai new champion. Hahahaha. Lucu.
yang aku sempat snap |
Kawan aku tu dua orang yang minat bowling. Kalau aku nak main bowling, pasti-pasti aku ajak mereka. Kebetulan kami berkenalan sejak asasi, sebab tu aku kata dari asasi kami dah terjebak main bowling bersama. Kadang-kadang sebulan sekali kami pergi, tapi kalau pokai, dua tiga bulan sekali kami main. Memang nostalgic betul.
Akulah yang sebenarnya memancing minat mereka. Disebabkan aku yang mempengaruhi mereka main bowling, aku selalu yang akan uruskan pembayaran serta masukkan nama. Selalu aku akan kenakan mereka dengan meletakkan nama aku bawah sekali. Yang jadi mangsa untuk pemain pertama ialah champion. Champion tu sentiasa digondol oleh Hidayah. Aku kadang-kadang, sama juga dengan Anis. Bila masuk nama tu, dia akan jadi samada D, N, A atau D, A, N dan A, N, D. Yang pasti sentiasa jadi D, N, A.
Kalau setiap kali ada perlawanan persahabatan, kononnya, aku memang awal-awal akan pilih nak satu kumpulan dengan Dayah mahupun Anis. Bila lengkap bertiga, akan terasa kuat dan lebih berkeyakinan untuk menang. Dayah setiap kali main, akan score 100, jaranglah dapat bawah 100. Kalau dia dapat tu, bermakna dia letih atau dia lama tak main. Aku paling tinggi pernah score rasanya 145. Itu yang aku ingat. Yang pasti tak pernah score mencecah ke 200.
Tak pernah strike 3 kali berturut-turut, selalu dapat dua je |
Indahnya kenangan itu. Sekarang ini, susah nak jumpa bila dah habis belajar. Anis di wangsa maju, Dayah pula di Hulu Langat. Aku sekejap di Bangi, sekejap di Kelantan. Memang susah. Harap kami dapat berkumpul balik untuk main bowling. Lagi seronok kalau kami dapat bermain bowling sebulan sekali walaupun sesibuk dan sejauh mana kami.
Okaylah, sekian saja mengimbau nostalgia aku.
7 comments
mek kalau bowling sudahnya ke longkang je. hahahhahaha. tk pernah score score ni
ReplyDeletehehehe.. saya dulu pun mcm tu jgk tpi lama2 dah okay sikit
Deletetak pernah main bowling lg
ReplyDeleteJom main!!!
DeleteJom kita set date main bowling jugak. rinduuuu jugak dengan bowling ni
ReplyDeleteJOM! bleh buat gathering BPT dgn main bowling
Deletenow da keje di lembah klang, sama2 boleh arrange time kot utk memboling sama2.
ReplyDeleteaida tak reti memboling. more to ke longkang aje.
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen