#KISAHSIAPA 19 : BAHASA
10:30 AMkredit |
"Woi! Kau nak ke mana b**i?!!"
"Ah, S**lla. Habis kotor baju aku"
"F**k off! Don't disturb me, B***H!"
"Hahahahahahaha! P***mak betulla kau!"
Mungkin hari itu merupakan hari yang tidak mengindahkan bagi Nabilah. Dia terpaksa memulakan kehidupannya dengan mendengar kata-kata tidak elok daripada mereka yang tidak dikenali. Jangan salah faham, itu bukan dituju padanya. Nabilah hari itu berada di shopping mall. Kononnya ada date dengan kakak naqibah kesayangan, Kak Bella. Lagipun dah dekat 7 bulan dia tidak bersua muka dengan kak Bella.
Nabilah selalunya akan datang awal daripada waktu yang dijanjikan. Disebabkan itu dia ada masa untuk meronda-ronda satu mall sambil window shopping. Hari itu kelihatan ramai juga manusia yang berada di dalam mall. Pelbagai gaya, celoteh, umur, dan jantina ada di dalam itu. Masakan tidak, hari itu merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia. Jadi tidak syaklah kenapa ramai orang mengunjungi mall hari itu.
Semasa Nabilah berjalan untuk melengkapkan tawaf pusingan mall, ketika itulah dia mendengarkan perbualan-perbualan di atas. Kata-kata kesat, mencarut ibaratkan sudah menjadi darah daging pada si penutur kata. Sedih dan hiba hatinya. Teringat dia akan hadis Rasulullah SAW tentang larangan mencarut. Islam mengajarkan umatnya untuk mengeluarkan kata-kata yang baik malah Allah juga menyuruh kita untuk berkata baik pada siapa pun.
Drp Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda:
"Mencarut adalah sejenis sikap kasar.Manakala sikap kasar balasannya ialah neraka"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud:Ya Allah, berikan petunjuk dan hidayah kepada mereka! getus hati Nabilah
"Seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah". (Riwayat Tarmizi)
[SEMUT BERKAWAD SATU SATU HORA HOREY] ~2x
Nada dering telefon Nabilah berbunyi.
Dia terkejut dari lamunannya kerana ingatkan anak mana yang pasang lagu Didi & Friends di sisinya. Tapi ternyata itu bukan daripada anak kecil tapi dari telefonnya sendiri. Mula dia gelabah meraba-raba di dalam tas tangannya untuk mencapai fon itu.
Tertera nama kak Bella di screen telefonnya
"Assalamualaikum"
"Waalaikummussalam, Nabilah. Akak dah sampai ni. Awak kat mana? Akak laparlah. Jom makan!"
"Eh, belum jumpa saya lagi dah beriya nak makan. Apalaa akak ni. Tapi menarik juga tu, alang-alang perut saya dah mendendangkan lagu nasyid rabbani sejak tadi"
"Laaa. Dah lama ke awak sampai? Maaflah, tapi akak rasa akak tak lambat. Kita janji pukul 2.30 kan? Jadi masih berbaki 15 minit sebelum 2.30"
"Hahaha. Memang kita janji pukul 2.30 tapi sayalah yang mengada nak datang awal. Kita jumpa kat medan selera nak? Dah lama tak makan kat situ."
"Menarik juga. Okay! jumpa situ"
tet.tet.
panggilan diputuskan
Nabilah menukar langkahnya menuju ke medan selera. Medan selera selalu menjadi pilihan hati Nabilah kerana dia dapat mengenali pelbagai ragam manusia di situ. Mengambil ibrah di sudut pandang yang berbeza. Bukan sekadar tatapan kosong.
Masuk ke medan selera, Nabilah terus mencari tempat yang sesuai untuk dia berborak melepas rindu pada naqibahnya. Tapi malang sekali nasibnya apabila sukar mencari tempat kosong gara-gara ramai orang. Dia berjalan lagi untuk beberapa langkah dengan harapan agar ada yang sudah selesai makan. Tengah dia mencari, Nabilah ternampak lambaian tangan di suatu sudut yang sepertinya memanggil dia. Rupanya orang itu ialah orang yang dia kenali, Kak Bella.
"Hamboi! Bab makan, pantas akak bergerak!"
"Hahahah. Almaklumlaa tadi sarapan akak makan sikit je jadi sekarang ni lapar sangat."
Meja mereka berdekatan dengan sekawanan remaja laki, sebuah keluarga dan pasangan. Kedudukan antara satu meja ke meja yang lain tidaklah jauh dan boleh kedengaran bisik bualan di meja sebelah. Nabilah dan Kak Bella bergilir membeli makanan. Satu jaga meja, satu beli makanan. Setelah itu, mereka makan sambil berborak. Banyak topik perbualan yang mereka sembangkan memandangkan lama tidak berjumpa dan ingin melepas kerinduan di hati. (Tapi mereka hanya memulakan perbualan itu bila makanan dah nak dekat habis. Masing-masing khusyuk makan pada awalnya. Wahahaha)
"Apa perkara menarik yang awak jumpa hari ini?" soal kak bella
"Akak tahu tak? Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengeluarkan beberapa istilah semasa yang baharu ke dalam bahasa melayu kita." bagitau Nabilah dengan beria.
"Wah! Menarik itu. Cuba bagitau apa istilah semasa yang baru tu"
"Baiklah. Tapi saya taknak sebutnya sebab banyak sangat. Nah saya kasi kertas yang saya salin istilah-istilah baharu itu",
Nabilah menghulurkan selembar kertas yang baru saja dia keluarkan dari tas tangannya.
Photobomb = Tunafoto
Selfie = Swafoto
Killfie = Swafoto Maut
Groufie = Swafoto Berkumpulan
Wefie = Swafoto Bersama
Pick-up Line = Kata Pikat
Flashmob = Aksi Rasa Kilas
Viral = Tular
Trending = Sohor Kini
Hashtag = Tanda Pagar
E-hailing = E-panggilan
Teaser = Iklan Acah
Posting = Hantaran
Cookie = Kuki
Debug = Nyahpepijat
Crowdsourcing = Sumber khalayak
Romance scam = Penipuan cinta
Nap = Meridap
Finger food = Makanan cekut
Reengineering = Rekayasa semula
Postmortem = Pascanilai
Road show = Jerayawara
Highlight = Imej Tumpu
Bunting = Gegantung
Backdrop = Layar Pentas
Dropship = Pesan Hantar
Kedengaran dari tempat mereka perbualan sekawanan remaja yang memuji-muji orang Japan dan Korea kerana mengagungkan bahasa ibunda mereka. Tampak jelas rasa hormat mereka kepada orang disana apabila mereka semua bersetuju dan tidak mengeluarkan sedikit bantahan ke atas itu.
"Weh, tengok ni. Lucu gile istilah baru yang dikeluarkan dbp ni"
"Selfie jadi swafoto, hashtag jadi tanda pagar, lagi lucu photobomb jadi tunafoto"
"Cam haram je bunyinya"
"Bapak buruk gile kot. Apalaa dbp ni. Tak payahlah nak keluar perkataan baru. Jahanam betulla bahasa"
Mereka ketawa terbahak sambil berangkat keluar daripada medan selera itu.
"Tapikan akak, ramai yang seperti mempersenda istilah baharu ini. Saya dapat tahu daripada media sosial apabila ramai yang mengkritik dan menyindir tentang hal ini."
"Akak tak perlu tengok media sosial pun akak dah tahu. Contoh ada berdekatan dengan kita"
"Saya rasa bagus usaha DBP melakukan penamaan istilah baharu ini. DBP telah mengambil inisiatif dengan mengembangkan bahasa kita agar sesuai dengan arus semasa. Mengapa mereka tak suka?"
"Itulah, akak pun pelik dengan perangai dan sikap masyarakat kita. Konon memuji orang Japan dan Korea yang memperkasa bahasa ibunda mereka tapi sendiri mengejek bahasa sendiri. Kita sendiri menyindir dan memperlekeh usaha - usaha dalam pembaharuan istilah bahasa kebangsaan kita tapi kita juga yang begitu marah jikalau bahasa kebangsaan kita disindir oleh bangsa lain. Kita juga yang menginginkan bahasa ibunda kita dimartabatkan. Jadi akak tertanya-tanya, Apakah sebenarnya yang orang kita mahu?"
"Hmmm.. Kalau kita sendiri yang gagal menghormati dan menaikkan bahasa kita, usah harapkan orang lain akan menghormati bahasa kita. Lagi pula, menarik apa guna perkataan swafoto."
"Kalau masyarakat kita terutama yang Melayu ini boleh menerima dengan baik istilah bahasa Inggeris seperti "Selfie" dalam tempoh yang singkat yang mana agak pelik disebut pada awalnya, dan sekarang ini sudah menjadi sebahagian daripada kosa kata harian kita, jadi Mengapa? Mengapa istilah-istilah baru ini tidak dapat diterima oleh mereka, orang yang sama?
Akak tak faham betullah. Bangsa lain buat pembaharuan, kita berlumba-lumba nak ikut tapi apabila bangsa kita sendiri yang buat, bukan bersungguh nak ikut malah dikutuk, dikritik dan dihina! Mentaliti yang kononnya merdeka tapi masih dijajah. Kalau terasa janggal, maka biasakanlah. Kenapa harus gelakkan bahasa sendiri. Takkan nak harapkan orang japan dan korea untuk guna bahasa kita!"
"Itulah. Sedih saya dibuatnya. Melihat pada realiti orang melayu yang sendiri tidak tahu cabang bahasa yang mereka pertuturkan. Mereka terlihat seronok memakai bahasa-bahasa kesat dan lucah sedangkan lebih elok kalau memakai bahasa ibunda yang sopan dan lembut"
"Meskipun begitu, jangan berputus asa dengan masyarakat kita, Nabilah. Kitalah yang berperanan menyebarkan kebaikan dan menyedarkan mereka. Kita harus jadi pemula agar usaha memartabatkan bahasa ibunda akan bergerak dan terlaksana. Jangan tunggu orang lain untuk mula dulu. Tambah pula, Islam juga mengajar untuk berkata dengan perkataan baikkan. Bagai menyelam sambil minum air, mengguna bahasa yang baik disamping mengangkat bahasa kita."
"Betul tu! Jangan jadi seperti bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. Harapkan rupa paras yang elok tapi tiada budi bahasa"
Bersemangat mereka berdua berbahas tentang ini. Tanpa sedar sudah 2 jam mereka di medan selera itu. Orang berpusu-pusu masuk tanpa berkurang. Hari semakin petang. Mereka akhirnya beredar menuju ke surau setelah tersedar yang waktu asar sudah lama masuk.
Perbualan dengan kak Bella sentiasa menenangkan jiwa Nabilah. Tambahan kak Bella berjaya merungkai setiap kekusutan yang dia utarakan. Banyak yang Nabilah belajar dari percakapan itu. Iya, ternyata ini bukan sekadar melepaskan rindu tapi juga membangunkan minda.
Rujukan :
1. https://www.facebook.com/thepatriots2020/photos/a.182165691977464.1073741828.181500092044024/480790722114958/?type=3&theater
2. http://says.com/my/fun/tunafoto-kata-pikat-and-more-new-malay-words-for-english-social-media-slang-and-it-terms
7 comments
rezeki jangan ditolak, musuh jgn dicari... org ajak makan, harus seronok... hehe
ReplyDeletesemestinya! rezeki harus diterima dengan senang hati
Deletepengkongsian yang bagus
ReplyDeletehhuhu.. terima kasih
DeleteGood info to share kak Najah. Bahasa jiwa bangsa kan kak. hihi. :)
ReplyDeleteNice sharing dear.
ReplyDeletePahni nak guna lah perkataan baru..
Yang kita baru tahu..hihihi ~merarau & gabi
MashaAllah. Bagus betul kesemua cerpen yang Sis tulis tu. Kesemuanya membawa mesej ( pengajaran dan peringatan) yang kita boleh koreksi bersama. Teruskan menulis.
ReplyDeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen