Is the legendary Kpop group SNSD disbanding?!!??!
12:40 AM
Assalamualaikum!
Beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan berita status group SNSD atau Girls' Generation. Apakah masih diteruskan aktiviti atau bakal dibubarkan? Hal ini menjadi gempak pada 9 Oktober 2017, dimana itu merupakan tarikh untuk ahli kumpulan SNSD menandatangani kontrak pembaharuan mereka.
SNSD sebelum ini meraikan sambutan ulang tahun ke 10 mereka pada 5 Ogos dengan mengeluarkan sebuah album Holiday Night yang memuatkan 10 lagu di dalamnya. Mereka muncul pada 5 Ogos 2007 dan terus menerus mencipta rekod kejayaan yang luar biasa sehingga hari ini. Kerana itu, SNSD digelar sebagai Legendary Group.
Pada sambutan itu, mereka dikatakan oleh peminat mereka bergelar Sone, bahawa mereka tidak mendapat layanan yang terbaik daripada syarikat yang menguruskan mereka. SNSD sepatutnya mendapat layanan yang terbaik memandang mereka second generation group of kpop yang masih bertahan dan itu merupakan ulang tahun ke 10 mereka. Ini menimbulkan kemarahan peminat mereka malah hal ini rancak ditweetkan di twitter. Antara ketidakadilan yang dikenalpasti ialah Tempoh promosi album baru hanya seminggu, SM mengeluarkan teaser group lain pada yang sama, stok album SNSD habis dengan cepat tapi tidak direstock dengan pantas, dan beberapa lagi.
Sudahlah para peminat mereka kecewa dengan layanan sebegini yang diberikan kepada SNSD, sekarang dikejutkan pula dengan berita yang amat menyedihkan. Tiga daripada lapan orang ahli SNSD memutuskan untuk tidak menyambung kontrak mereka dengan syarikat tersebut. Mereka adalah Sooyoung, Tiffany dan Seohyun. Manakala 5 yang lain, Sunny, Taeyeon, YoonA, Yuri dan Hyoyeon memilih untuk menandatangani kontrak penyambungan mereka. Keputusan itu berat diputuskan tapi ahli-ahli tersebut telah memikirkan masak-masak akan hal ini.
Tiffany dikatakan akan pulang ke US untuk menyambung belajar dan mengejar impiannya manakala Sooyoung dan Seohyun akan meneruskan karier mereka dalam dunia lakonan. Ini sangat menyedihkan kerana pada 29 September 2014, Jessica telah mengumumkan yang dia telah keluar dari kumpulan SNSD dan syarikat SM atas beberapa hal. Dia membawa haluannya sendiri dengan menjadi penyanyi solo di kemudiannya dan juga fokus pada brand fesyennya iaitu Blanc & Eclare.
Kebimbangan akan bubar ini mencemaskan kerana kebanyakan kumpulan perempuan yang muncul sezaman dengan mereka sudah tiada. Antaranya ;
Sistar, Mei 2017
Wonder Girls, Januari 2017
Kara, Januari 2016
4Minute, Jun 2016
2NE1, Januari 2017
Rainbow, November 2016
Apakah SNSD akan dibubarkan?
Jawabannya tidak lagi setakat ini. Ketiga mereka dikatakan hanya keluar daripada syarikat tersebut tapi masih kekal sebagai ahli SNSD.
An official said, "The three members have decided to terminate the contract." Girls' Generation maintains the team, but if their companies change, it will be difficult for them to join. "He said.
SM said, "Girls' Generation is a valuable and meaningful group for SM and fans." "Members do not think about demolition at all, but there are members whose contracts have been terminated. I will discuss and decide carefully. "
Cuma kemungkinan besar mereka sukar untuk kekal berlapan ketika melakukan promosi pada masa akan datang. Walaupun bersedih dan terkejut, para peminat tetap menyokong segala keputusan mereka, tidak kira secara kumpulan atau individu.
Semoga kumpulan ini masih mengekalkan persahabatan mereka. Aku sebagai peminat setia mereka juga turut mendoakan yang terbaik untuk mereka!
[nota kaki: nak tak nak, kita harus menerima kemungkinan yang mereka akan tetap dibubarkan suatu hari ini. Yang bertemu pastikan berpisah.]
4 comments
sedih sangat dengan berita terbaru ni. First suka kpop dari SNSD lah masa tu form3
ReplyDeletebiasalah tu. kalau band gak memang sukar nak kekal lama.
ReplyDeleteadehh bagus najah ni setiadengan snsd since secondary school. haha
ReplyDeleteerm... band ppuan biasa susah nak kekal kan...
ReplyDeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen