Selamat tinggal, Lensaku!

7:14 AM

Assalamualaikum!
Hari ni, setelah berfikir panjang, akhirnya aku memutuskan untuk menjual lens aku buat kali kedua. Alasannya sebab aku nak tukar lens lain. Sebelum ni aku dah jual tele-lens aku, sekarang aku akan jual pula prime-lens. Sedih memang sedih sebab kedua lens aku tu, aku beli yang baru siap pakai filter lagi dan mahal plak tu, bila jual ni terpaksa jual murah. Kenapalah dulu aku tak beli yang second hand je, lagi jimat cuma kena cari yang masih elok tanpa calar dan fungus je.

Tapi itulah, jangan salahkan takdir. Jadi post ini aku buat untuk menghargai lens aku yang banyak berjasa kepada aku. Meskipun kini kau sudah bukan milikku, akan ku kenang mu sampai akhir hayat. (waduuhh.. ayat macam orang putus cinta)

Lens pertama aku jual ialah tele-lens ataupun zoom lens.
Tamron Af70-300mm F/4-5.6 Ld Macro 1:2

Lens ni selalu orang guna untuk skodeng. eh! Gurau je, tapi memang ada pakai untuk mengintip dan juga digunakan untuk shoot objek yang jarak jauh. Boleh pakai untuk shoot time event besar seperti perarakan, stadium. Tidak sesuai digunakan andai objek itu berjarak dekat dengan photographer. Contoh gambar yang aku ambil dari lens ni.




Gambar exhibtion aku bertemakan animals

Gambar exhibtion bertemakan street tapi nampak lebih pada potraiture lagi

Alasan aku jual lens ni adalah aku jarang pakai dia tambah pula berat. Aku beli ni hanya untuk assignment subjek fotografi aku dan teruja tengok kawan ambik pakai lens yang sama tapi hasil cantik gile. Lepas habis je exhibition fotografi tu, aku jarang yang teramat pakainya. Bila lens berat ni selalu tangan aku tak berapa nak stabil jadi bila shoot akan gegar. Gambar akan jadi shaking jadi baiklah aku jualnya kepada mereka yang lebih pandai menggunakannya.

Lens kedua pula merupakan prime lens.
Yongnuo 50mm f1.8

Prime lens ni ialah lens yang tak boleh nak zoom in dan zoom out. Dia hanya ada satu saja focal length. Selalu orang pakai prime lens ni untuk shoot gambar potraiture atau gambar orang, dan juga rakam video. Memang cantik habis kalau pakai lens ni untuk shoot. Efek blur yang dihasilkan sangatlah cantik sampai berbokeh-bokeh. Disebabkan kita tak boleh nak zoom in atau zoom out, jadi fotografer tersebut yang harus bergerak merapati atau menjauhi objek. Berikut adalah gambar dan video yang aku ambil daripada prime lens ni


  









Alasan aku jual lens ni, adalah aku nak beli lens yang sama tapi keluaran canon sendiri. Macam ni dari brand Yongnuo. Aku beli ni juga kerana projek tahun akhir aku yang mana aku harus buat video. Tapi aku jarang guna juga sebab aku terbeli prime lens yang lain tapi focal length 30mm. Kalau 50mm aku kena jauhi objek lagi banyak berbanding 30mm. Disebabkan itu, aku kurang menggunakannya kerana aku rasa limited space untuk aku undur ke belakang bagi sesetengah situasi. Aku sayang gila lens ni sebab efek blur dia yang cantik. Cuma itulah, aku nak cuba merasa prime lens 50mm keluaran canon. Kalau yang ni, aku galakkan untuk pakai manual focus sebab kalau pakai auto focus, dia jadi lambat sikit. Jangan sesekali pakai auto focus untuk shoot video, memang lambat dan tak berapa stabil. Aku pernah cuba dan gara-gara itu juga aku buat keputusan untuk tukar.

Bila aku jual lens aku ni, barulah aku rasa memahami serba sedikit tentang dunia fotografer. Dulu aku selalu terfikir yang kenapa fotografer ni suka tukar-tukar lens dan beli yang used lens. Rupanya kerana mereka ingin mencuba lens lain demi hasil lebih baik. Kalau yang beli used lens pula sebab murah. Tapi bergantung juga pada fotographer tu, ada yang nak jimatkan duit dan ada yang banyak duit. Oh ya, lens ni seharusnya kena disimpan di kotak kering [atau dry box]. Jika tidak disimpan di situ, fungus akan membiak dengan cepat. Kerana itu juga ramai jual lens yang jarang guna. Itu antara beberapa alasan yang aku temui.

Penjagaan lens ni sangat leceh sebenarnya. Tidak boleh disimpan ditempat yang lembap, tidak boleh kalau tidak digunakan. Kena cuci secara berkala. Jangan jatuhkan ia, atau langgar ia dengan sesuatu, boleh pecah. Banyak lagi cara penjagaan dia tapi kalau kita dah biasa, kita akan rasa mudah.

Semoga lensa aku itu dijaga baik dengan pemilik baru dia. Kau tetap ku sayang dan ku kenang!
Selamat jalan, my lenses.

You Might Also Like

2 comments

  1. baru tahu apa beza setiap lens ni. Nanti bolehlah suggest dekat adik sebab dia pun minat dengan bidang fotografi ni :D

    ReplyDelete
  2. waaa. mek jugek la yg tahu ambik gmbr pkai phone je :) tu pun kembang hidung bile nmpk cntik :)

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT