#REVIEW Movie : Moga Bunda Disayang Allah

9:00 AM

Assalamualaikum!
Hari ini aku akan mereview sebuah movie hasil adaptasi daripada sebuah novel terlaris karya Tere Liye. Tere Liye ini merupakan salah satu penulis kegemaran aku. Hampir kesemua bukunya aku telah beli. Sekarang tengah menanti buku kelima daripada siri Bumi, iaitu Komet. Sebelum ini, novel hafalan shalat Delisa juga turut diadaptasi menjadi filem dimana ternyata filem itu mendapat sambutan hangat dan rata-rata memberi respon yang baik terhadap filem itu. Jadi, ayuh kita review filem Moga Bunda Disayang Allah ini.

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Moga Bunda Disayang Allah 2013
Tarikh Keluar : 2 Ogos 2013
Genre : Drama
Pengarah : Jose Poernomo

Sinopsis :
Mengisahkan tentang Karang (lakonan Fedi Nuril), seorang pemuda yang mencintai kanak-kanak. Pada suatu hari, dia membawa sejumlah kanak-kanak menaik kapal untuk berlayar. Malang tidak berbau apabila cuaca buruk yang mengakibatkan kapalnya hilang kawalan. Karang berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak dibawah jagaannya tapi ombak dan ribut yang kuat ternyata tidak mengizinkannya lalu kanak-kanak itu mati ditengah lautan.

Hasil daripada kecelakaan malang itu, Karang dihantui rasa bersalah dan trauma. Dia mula menjauhi diri daripada kanak-kanak serta memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Kinarsih. Alasan yang diberi ialah dirinya tidak layak untuk Kinarsih itu. Selain itu, Karang mengasingkan diri di sebuah pulau jauh dari bandar dan mula menjadi seorang pemabuk. Ibunya sangat mengkhuatirkan keadaan Karang.


Kehidupan Karang berubah ketika Bunda HK, isteri kepada Tuan HK seorang yang kaya-raya dan dihormati datang meminta kepadanya untuk menjadi guru kepada Melati. Melati merupakan anak tunggal perempuan mereka tapi juga seorang yang buta, tuli dan juga bisu. Dia tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan semua orang sekitarnya. Selain itu, Melati boleh dikatakan gila oleh semua orang termasuk doktor yang sudah berputus asa merawatnya. Karang pada awalnya menolak namun bersetuju untuk mengajar Melati. Cara pengajaran sedikit tegas dengan selalu berteriak kepada Melati dan memperlakukannya dengan kasar. Tuan HK tidak menyukainya tambahan pula dia mengetahui yang Karang itu seorang pemabuk.

Tapi ternyata sebenarnya Karang dan Melati saling membutuhkan. Apakah Karang bisa memulihkan Melati setelah dia dihalau oleh Tuan HK?

Apakah Tuhan itu Adil?

Rating Imdb : 7.4/10
Rating aku sendiri : 8/10


Sejujurnya cerita ini menginspirasikan. Sebuah cerita yang realitis bukan khayalan (usaha sikit terus berhasil. Kamu fahamkan maksud aku) apabila mengajarkan seorang yang buta tuli dan bisu sejak kecil tidak mudah. Malah ada beberapa kata-kata didalam ini yang mengesankan kita. Meskipun cara pengajarannya sedikit keras tapi usaha yang berterusan dan tidak putus asa daripada Karang dapat dicontohi. Karang juga begitu gigih untuk membolehkan Melati berubah menjadi seorang manusia yang berperwatakan manusia yang sebenarnya. Kegigihan itu menyerlah hingga dia belajar sesuatu dari alam. (terinspirasi daripada alam) Karang juga sabar dalam mendidik Melati yang ternyata mengambil masa untuk mempelajari sesuatu. Di sudut ibubapa Melati pula, mereka nampak tidak berputus asa dengan keadaan anak mereka. Biarpun ketika sudah seluruh doktor Indonesia mengatakan anak mereka gila (ditambah pula Melati pernah menggigit jari seorang doktor sampai putus), mereka tetap ingin mencari penawar kepada penyakit Melati. Ibu Melati, Bunda HK begitu menginginkan kesembuhan Melati hingga dia sanggup berdepan dengan amarah suaminya. Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya begitu? Manusia tapi bergaya binatang (maaf kasar tapi kalau tonton Melati, memang gaya dia begitu.)


Kelemahan filem ini ialah latar masanya sedikit mengelirukan seperti tiga tahun yang lalu melompat ke dua puluh tahun kemudian. Kita juga akan sedikit keliru untuk memadankan tajuk pada jalan cerita ini kerana watak bundanya kurang menyerlah berbanding watak Karang yang merupakan watak utama, meskipun akhirnya Melati ada menyebut 'muga bunda disayang Allah'. Tapi rasanya itu tiada masalah. Yang penting jalan cerita filem ini begitu bagus. Sinematografinya juga cantik dengan tona warna yang seperti vintage. Selain itu, pemilihan lagu yang baik turut menaikkan lagi suasana filem ini. (Melly Geoslaw menyanyikan lagu tema filem ini) Boleh aku katakan filem ini perlu ditonton oleh semua orang.

Sekian saja daripada aku. Semoga ketemu lagi!


[notakaki : aku tengok cerita ini tanpa subtitle jadi terpaksa pasang volume tinggi dan menajamkan telinga untuk mendengarnya. Siapa yang faham bahasa indonesia dengan fasih tentu akan memahami dan menghayatinya lebih]

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News