#REVIEW Movie : Bulan Terbelah Di Langit Amerika 2 2016

8:30 AM


Assalamualaikum!
Akhirnya, habis juga siri penggembaraan Rangga dan Hanum ini. Sebelum ini aku ada review 3 filem yang mempunyai kesinambungan cerita ini. Anda boleh tengok di bawah.

99 Cahaya di Langit Eropa 1 2013 >>tekan sini<<
99 Cahaya di Langit Eropa 2 2014 >>tekan sini<<
Bulan Terbelah di Langit Amerika 1 2015 >>tekan sini<<

Tapi jika anda ketinggalan filem-filem yang lepas, anda masih tetap boleh menghayati filem ini. Cuma saranan saya, tontonlah filem sebelumnya kerana semua filemnya bagus dan persoalan yang diketengahkan dalam filem-filem ini begitu menarik.

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Bulan Terbelah Di Langit Amerika 2 2016
Tarikh Keluar : 8 Disember 2016
Genre : Drama, Religous, Adventure
Pengarah : Rizal Mantovani

Sinopsis :
Selesai menjalankan tugasnya di New York, Hanum dan Rangga berniat untuk pulang kembali ke wina, namun bos Hanum memberikannya tugasan yang baru. Tugasan ini memerlukan pasangan itu untuk merungkai sebuah sejarah dengan menelusuri jejak harta karun misteri milik pelaut Cina Muslim yang telah berlayar suatu ketika dulu jauh ke Amerika sebelum pelayar Columbus menemukan benua Amerika. Harta karun itu dikatakan bukti penting kepada tugasan itu.

Pasangan itu terus terbang dari New York ke San Fransisco dan membatalkan hasrat untuk pulang ke Wina. Hanum meminta Azima Hussein atau Julia Collins untuk membantunya dalam tugasan ini, memandangkan Azima memiliki sumber yang dipercayai untuk menemukan harta karun itu. Tapi tanpa mereka sedar, penglibatan mereka terhadap harta karun itu mengundang bahaya daripada mereka yang tidak dikenali.

Azima dan anak perempuannya, Sarah Hussein pula mengalami kesulitan bilamana ibunya menolak dengan keras kehadiran Azima dan Sarah dalam hidupnya. Ibu Azima seperti belum mampu untuk menerima keislaman puterinya dan tidak menyedari ada suatu rahsia disebalik yang berlaku.

Di sisi lain, Stefan dilanda masalah apabila kekasihnya, Jasmine disahkan hamil dan dia tidak terasa ingin membawa perhubungan itu ke alam perkahwinan. Masalah itu semakin parah apabila Stefan mula acuh tak acuh dalam menjaga Jasmine hingga akhirnya diselesaikan dengan cara berpisah.

Mereka semua akhirnya menemukan makna di setiap perjalanan tersebut dalam bingkai keajaiban Tuhan.

Apakah Muslim Penemu Amerika?

Rating Imdb : 6.3/10
Rating aku sendiri : 7.5/10

Bagi aku, ini sebuah usaha yang bagus. Penulis cuba untuk menyampaikan keagungan islam itu dengan menyusuri blok-blok sejarah. Tidak ramai rasanya yang tahu tentang sumbangan besar pelayar Cina Muslim yang bernama Cheng-ho. Mungkin ramai yang belum pernah mendengar nama Cheng Ho ini. Cheng Ho bukan sekadar pelayar diplomatik antara tanah melayu dan juga tanah besar cina tapi dia juga seorang pelayar yang hebat sama taraf dengan Columbus dan juga Ibn Battutah. Cuma mungkin namanya tenggelam disebabkan kurang disebut-sebut. Aku merasa teruja untuk jalan cerita ini. Ia cuba untuk menceritakan sejarah agung yang tidak popular meskipun tidak banyak info. Sayang juga kerana ia tidak mencerita dengan sempurna tapi bila fikir balik, itu sudah cukup kerana kalau dia memaparkan sejarah itu dengan lengkap dan sempurna itu sudah jadi dokumentasi bukan filem. Mungkin juga jalan cerita ini sudah memberikan jawapan yang cukup pada persoalan "Apakah Muslim penemu Amerika?" dan jawapannya ya atau tidak tanpa perlu huraian setebal ensiklopedia.

Sinematografi yang baik sama seperti filem-filem yang sebelum ini ditambah pula dengan pemilihan lagu yang baik. Ini semua sudah mampu menarik perhatian anda untuk menontonnya. Kru-kru produksi tampak bekerjasama dengan baik dalam menghasilkan filem yang bagus ini.

Sekian saja daripada aku. Sebarang pertanyaan boleh tanya di ruangan komen di bawah.

You Might Also Like

4 comments

  1. najah nak tengok kata mana siri filem ni.. nampak macam menarik la

    ReplyDelete
  2. mek tak pernah tgk cite ni. tapi mcm best. najah, pixajoy tu offer gmbr ikut page. yang pasti memang banyak sangat boleh selit dalm album :)

    ReplyDelete
  3. saya baru follow sini. selamat berkenalan ya

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News