#REVIEW Movie : The Guys 2017

8:30 AM

Assalamualaikum!
Hari yang indah harus dimulai dengan senyuman. Sedikit ketawa memaniskan lagi kehidupan kita. Usah bermuram dan bermasam muka. Kali ini aku membawakan sebuah filem yang akan menghiburkan anda semua. Filem yang bergenre comedy romance ini nescaya akan menceriakan lagi hari anda yang sedang bersedih. Ayuh gembira!

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : The Guys 2017
Tarikh Keluar : 13 April 2017
Genre : Comedy, Romance
Pengarah : Raditya Dika

Sinopsis :
Mengisahkan tentang Alfi bersama 3 orang kawannya, kisah cintanya dan keluarganya. Alfi dan rakan-rakannya bekerja satu pejabat. Pada suatu hari, Alfi telah menolong Ameerah dengan menanggung kesalahan Ameerah. Ameerah terlupa membawa file presentation yang penting. Presentation itu dihadiri oleh CEO pejabat dan beberapa klien yang penting syarikat. Disebabkan hal itu, Alfi telah mendapat amaran pertama daripada CEOnya gara-gara tindakannya itu. Walau bagaimanapun, peristiwa itu merapatkan lagi hubungan Alfi dan Ameerah. Ameerah merasa kagum dan terharu dengan Alfi kerana baginya dia tidak menyangka masih ada lagi yang berhati baik di zaman ini.

Ameerah mengajak Alfi makan di rumahnya. Disebabkan kawan-kawannya rapat dengannya, mereka menolong Alfi sehabis baik. Tapi malang sikit, bila kawannya Sukun salah membancuh teh yang kemudiannya menyebabkan Alfi terlewat ke rumah Ameerah. Ketika sampai di rumah Ameerah, tidak diduga Alfi bahawa Ameerah adalah anak daripada CEO pejabatnya. Nasib malang Alfi bertambah apabila dia dengan tidak sengaja merosakkan lukisan berharga milik keluarga Ameerah. Disebabkan rasa bersalah, Alfi mengajak Ameerah dan ayahnya untuk makan malam di rumah Alfi.
(Ameerah kematian ibu manakala Alfi juga kehilangan ayahnya)


Malang sepertinya tidak ingin melepaskan Alfi apabila ayah Ameerah terlihat seperti menyukai ibu Alfi. Parah ini kerana menurut kawan dia, jika kedua ibubapa Alfi dan Ameerah bersama, Alfi dan Ameerah tidak mungkin dapat bersama.


Rating Imdb : 7.1/10
Rating aku sendiri : 8.5/10


Yang buat aku tertarik untuk tengok filem ini ialah trailer dia yang dah awal-awal lucu dan bikin aku gelak terbahak-bahak. Tapi ternyata bila menonton filem ini, ia bertambah kelakar dengan unsur-unsur jenaka yang lawak dan segar. Alfi dan kawan-kawannya merupakan orang yang kreatif tapi ternyata macam lurus. Hahaha. Mungkin sebab itu juga hidup mereka kreatif, fikirannya tidak berat-berat. Ditambah dengan sinematografi, dan lagu yang cantik dan sedap membuatkan filem ini lagi menarik dan seronok ditonton. Kombinasi perangai kawan-kawan Alfi juga ternyata seperti puzzle yang memadan dengan sempurna dan menghasilkan sebuah komedi yang terbaik.

Cuma satu aja, kalau tidak silap aku, adik beradik tiri boleh kahwin, jadi kalaupun ibubapa mereka bernikah, mereka masih boleh nikah kerana lain mak dan lain bapa. Sekiranya aku salah, boleh betulkan ya.

Kalau sesiapa pernah menonton Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, pasti akan kenal watak utamanya. Iya, dia orang yang sama. Hayati. Tetap cantik dan hidup lakonannya. 

Okay, sekian saja daripada aku. Jadi tontonlah filem ini kerana ia tidak akan mengecewakan anda. Malah menghiburkan hari anda yang murung gara-gara Isnin. Hahahaha.

You Might Also Like

2 comments

  1. jalan cerita menarik,
    aah adik beradik tiri lain mak ayah boleh kahwin. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

Broaden News




#BPT