#REVIEW Movie : 99 Cahaya Di Langit Eropa 2013

9:30 AM


Assalamualaikum!
Review kali ini, kita akan terbang ke negara seberang lagi. Untuk siri filem ini, aku akan buat dalam 4 post tentang kesemuanya. Bermula dengan 99 Cahaya di Langi Eropa 1, lansgung ada kedua, kemudian ke Bulan terbelah di Langit Amerika 1 dan juga ada yang dua. Aku tidak dapat sambung untuk review filem lain yang menang FFM29 sebab ada filem yang aku tak tengok. Jadi aku sambung dengan yang ini saja ya.

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : 99 Cahaya Di Langit Eropa 2013
Tarikh Keluar : 5 Disember 2013
Genre : Drama
Pengarah : Guntur Soeharjanto

Sinopsis :
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan Hanum Rais (Acha Septriasa) dan suaminya, Rangga Almahendra (Abimana Aryasatya) ketika menjelajahi Eropa selama 3 tahun dan mempelajari agama Islam di sana. Hanum mengikuti suaminya yang mendapat tajaan biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya peringkat master ke Eropah. Pelbagai kisah menarik muncul di sepanjang perjalanan mereka. Di sana, mereka tidak hanya menemukan pelbagai keindahan seni seperti tembok Berlin, Mozart, Roma, dan menara Eiffel, tetapi juga mengetahui banyak rahsia Islam yang tersembunyi di Eropah. Di beberapa sudut di Eropah, mereka malah menjumpai sesuatu yang membuat mereka semakin mencintai agama Islam.

Pada suatu hari, mereka bertemu dengan seorang wanita Turki muslim di Austria bernama Fatma Pasha (Raline Shah). Pertemuan ini terjadi kerana Hanum dan Fatma berada di kelas yang sama untuk kelas Bahasa German. Pertemuan dengan Fatma itu begitu mengeratkan lagi hubungan mereka, lebih-lebih lagi Fatma menjelaskan pada mereka tentang kedamaian Islam. Fatma juga turut membantu Hanum mendapatkan kerja sebagai wartawan disitu. Hal itu sangat menggembirakan Hanum kerana ia bercita-cita menjadi wartawan dan tercapai hasil bantuan Fatma. Tidak lama kemudian, Hanum dan suaminya berangkat ke Paris atas urusan tertentu. Di Paris, Hanum berjumpa dengan seorang wanita mualaf, Marion Latimer (Dewi Sandra) yang bekerja di Arab World Institute sebagai seorang pengajar, yang memperluas wawasannya tentang Islam. Marion ini merupakan sahabat kepada Fatma. Kedua pasangan itu (Hanum dan Rangga) menyadari bahwa Eropah juga menyimpan harta dari peninggalan Islam di zaman dulu.

Berbagai kejadian yang membuka minda mereka, seperti hal ketika mereka berhadapan dengan wanita non muslim bernama Marjaa (Marissa Nasution) dan juga seorang atheis bernama Stefan (Nino Fernandez), hingga belajar agama dari temannya yang berasal dari Pakistan bernama Khan (Alex Abbad).

Rating Imdb : 7.5/10
Rating aku sendiri : 7/10

Filem yang berunsurkan agama. Sangat menarik kerana di sebalik jalan ceritanya, kita akan mendapat beberapa info menarik tentang islam di Eropah. Diibaratkan mereka berlakon di Eropah bukan hanya sekadar berlakon tapi turut mengkaji dan berkongsi ilmu dengan penontonnya. Dengan sinematografi yang cantik, menambahkan lagi kecantikkan filem ini. Banyak kali juga aku tonton filem ini kerana ia suatu filem yang bagus. Ada beberapa karakter yang menarik seperti, jirannya yang ibarat islamophobia, kawannya yang islamnya keras, kawan yang atheis, dia sendiri yang masih mempelajari islam, dan juga Fatma yang sepertinya memiliki banyak ilmu. Menarik bukan? Disebalik itu, turut di'portray' kan bagaimana cara untuk mengatasi semua masalah itu. Bagaimana untuk meraih keharmonian dalam perbezaan tanpa memerlukan kekerasan. Jadi filem ini sebuah filem keagamaan yang bagus. Perlu ditonton oleh semua orang lagi-lagi peminat filem Indonesia.

Akan menyusul 99 Cahaya Di Langit Eropa 2 di post selanjutnya. Sekian daripada saya.


You Might Also Like

6 comments

  1. penah nampak tajuk cerita ni pun dh macam bestt tapi tak berkesempatan nak tgk lagi.. hee..
    jenjalan sambil follow sini #321
    jenjalan dan follow balik <3

    ReplyDelete
  2. Haritu dah nak tengok dah movie ni tapi asyik lupa je nak cari. Thanks for the review! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure. heheh. Filem ini ada part 2, jadi kalau download tu, sekalikan terus dengan part 2

      Delete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News